Wednesday, March 30, 2011

Buat Sahabat

 Ingat, Kalau Sedih..Kau Kena Menangis. Ada Sesuatu Di Sebalik Air Mata Yang Tuhan Cipta Itu

 Persahabatan Sesama Lelaki Itu Kasar.. Lantaran Tegas Jiwanya.Persahabatan Sesama Wanita Itu Lembut.. Lantaran Penyayang Jiwanya... Persahabatan Mampu Menjadi Cinta Tatkala Ketegasan Dan Sifat Penyayang Itu Mampu Bergandingan

 Alangkah Indahnya Dunia Dan Kehidupan Sekiranya Kita Berpeluang Menghormati Dan Dihormati

 Orang Yang Paling Berharga Adalah Yang Paling Banyak Manfaatnya Kepada Manusia

 Seseorang Itu Sekiranya Hendak Memahami Sahabatnya, Perlu Bertanya Dengan Secara Berterus Terang, Memerhatikan Sikap, Perlakuan, Bahasa, Tubuh Badan, Mimik Muka Dan Sebagainya. Semua Orang Mahu Difahami Supaya Kehendaknya Dapat Dipenuhi. Setiap Orang Juga Mahu Diberikan Perhatian Supaya Perasaannya Lebih Selesa.

 Sesungguhnya Sahabatmu Itu Suka Kepadamu..Tetapi Tidaklah Setiap Orang Yang Suka Kepadamu Itu Adalah Sahabatmu.

 Tujuan Pendidikan Yang Paling Tinggi Bukanlah Pengetahuan Tetapi Perangai

 Perkara Paling Sukar Dalam Hidup Ialah Mengenal Diri Sendiri

 Lidahmu Adalah Bentengmu, Jika Engkau Menjaganya Maka Ia Akan Menjagamu Dan Jika Engkau Membiarkannya Maka Ia Tidak Akan Memperdulikanmu

 Kawan Yang Sebenar Ialah Seorang Yang Dapat Menerima Diri Anda Yang Sebenarnya

 Dendam Hanya Akan Membuatkan Jiwa Kita Lebih Tersiksa..Berilah Kemaafan..

No comments:

Post a Comment